SELAMAT DATANG di website yang sederhana ini,,,,"wilujeung sumping ka sadayana,,haturnuhun...

Tuesday, January 22, 2013

Keledai Yang Berjasa



Pada suatu hari seekor keledai telah pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Allah Yang Maha Besar telah menambahkan bilangan keluarga kami sebanyak enam puluh ekor. Setiap seekor tuan telah pun menunggangnya, hanyak aku sahaja yang belum tuan tunggangi. Maka itu sudilah tuan menunggangi aku pula. Aku lebih suka tuan menjaga aku dari pada tuan aku sendiri."

    "Kenapa engkau berkata begitu wahai keledai?" tanya Rasulullah. Maka jawabnya: "Kerana penjaga aku itu tidak menjaga aku dengan betul dan sentiasa membiarkan aku lapar."

    "Sesiapa yang menjaga engkau wahai keldai yang malang?." tanya Rasulullah lagi. Keledai itu pun segera menjawab: "Yazid bin Shahab." Semenjak hari itu nasib keldai pun berubah.

    Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, keldai itu amat merasa sedih sekali, seolah-olah enggan berpisah dengan nabi. Keledai itu kemudiannya telah jatuh sakit dan akhirnya terjatuh ke dalam perigi lalu mati.
COPY LINK HALAMAN