SELAMAT DATANG di website yang sederhana ini,,,,"wilujeung sumping ka sadayana,,haturnuhun...

Saturday, January 26, 2013

Perdebatan Malaikat Rahmat Dan Malaikat Azab

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendeta untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Setelah berjumpa, dia pun menerangkan bahwa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat karana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendeta itu, menjadikannya mangsa yang ke-100. 

    Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. 

    Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menuju ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sesampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia. 

    Ketika itu terjadilah perdebatan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu karena pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran niatnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu. 

    Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perdebatan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia semula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah. 
 
 
Moral & Iktibar 

  Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
  Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
  Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak karena rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
  Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.
  Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri.
  Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
  Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
  Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
  Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa.
  Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga. 

"jika bertobat haruslah sekali sampai sisa umur hidupnya,janganlah karena Allah maha pengampun lantas kita jadi baik lalu buruk dan baik lagi,sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui apa yg tersirat dalam hati manusia" COPY LINK HALAMAN